1 Sekolah 1 Blog ke Arah Transformasi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Thursday 17 November 2011

Majlis Graduasi Murid Tahun 6, UPSR 2011

 Assalamualaikum

Tahniah kepada semua murid-murid Tahun 6, SK(P)Methodist 2 ini kerana telah berjaya dalam UPSR tahun ini. Tahniah juga kepada sekolah ini kerana berjaya memperolehi 28 orang dalam 5A daripada 68 orang calon. Yang lebih membanggakan SK(P) Methodist 2 berada di kedudukan KEDUA dalam negeri Melaka. Tahniah kepada semua murid, guru-guru dan sokongan daripada PIBG khususnya ibu bapa murid-murid tersebut.

 Disediakan oleh,




Kapal Dagang Dari Seberang, Muat Muatan Kayu Meranti, Jumpa lagi di post yang akan datang , Dengan penuh lagi aktiviti.

Ceramah “Teamwork” Guru-Guru SK(P)Methodist 2


 Assalamualaikum
 Pada pukul 2.00 petang ceramah teamwork pula diadakan khusus untuk guru-guru SK(P)Methodist 2. Disampaikan juga oleh Ustazah Rozita Abdul Hamid, SMK Seri Pengkalan. Banyak tips-tips yang di perolehi oleh guru-guru bagi meningkatkan prestasi kerja.
Disediakan oleh





Kapal Dagang Dari Seberang, Muat Muatan Kayu Meranti, Jumpa lagi di post yang akan datang , Dengan penuh lagi aktiviti.

Motivasi Tahun 5

Assalamualaikum
Pada 16 Nov 2011, Motivasi Tahun 5 diadakan pada pukul 11pagi. Disampaikan oleh Ustazah Rozita Abdul Hamid, SMK Seri Pengkalan. Objektif program ini adalah untuk memberi tips kepada murid-murid Tahun 5 menggunakan masa yang bermanfaat pada masa cuti ini dan seterusnya sebagai langkah persediaan UPSR 2012.


 
Disediakan oleh,


Kapal Dagang Dari Seberang, Muat Muatan Kayu Meranti, Jumpa lagi di post yang akan datang , Dengan penuh lagi aktiviti.

Kemenangan

Assalamualaikum

Karnival Merekayasa Perkhidmatan Unit Bimbingan dan Kaunseling sudah Tamat. Alhamdulillah dengan rezeki yang dikurniakan, MGS 2 telah mendapat nama pada pertandingan tersebut : 
  • Pertandingan Kaunselor Muda - JOHAN
  • Pertandingan Membina Blog- KETIGA
  • Pertandingan Membina Video Koporat- KEEMPAT

Disediakan oleh 






Kapal Dagang Dari Seberang, Muat Muatan Kayu Meranti, Jumpa lagi di post yang akan datang , Dengan penuh lagi aktiviti.

Semasa Pembentangan

Assalamualaikum

Pada 10 November 2011 yang lalu, merupakan Karnival Merekayasa unit Bimbingan dan Kaunseling Peringkat negeri Melaka. Oleh yang demikian, UBK  MGS 2 telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang diaadakan.
Berikut merupakan gambar sewaktu pembentangan Blog :




Kapal Dagang Dari Seberang, Muat Muatan Kayu Meranti, Jumpa lagi di post yang akan datang , Dengan penuh lagi aktiviti.

Tuesday 8 November 2011

Harapan Terakhir

Assalamualaikum
Hari ini merupakan hari terakhir kami mengemaskini blog ini.Esok berlangsungnya pertandingan membina blog sempena Karnival Merekayasa Perkhidmatan Unit Bimbingan dan Kaunseling . Harapan kami semoga Blog Kaunseling MGS 2 dapat menjuarai peringkat ahkir. Selain daripada membina blog, Sekolah kami juga telah menghantar  peserta bagi pertandingan dalam Video Korporat dan Kaunselor Muda.
Kami berharap agar pengorbanan kami selama ini membuahkan hasil. Kami juga berharap agar maklumat-maklumat yang tertera dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca. Tidak lupa juga kepada guru kaunseling kami, Puan Maziana Mazlan kerana telah memberi kami peluang menyertai pertandingan blog ini. Sekian,terima kasih.

Disediakan oleh







Kapal Dagang Dari Seberang, Muat Muatan Kayu Meranti, Jumpa lagi di post yang akan datang , Dengan penuh lagi aktiviti.

Wednesday 2 November 2011

Aktiviti Selepas UPSR : Perlawanan Futsal

Murid-murid tahun 6 telah menyertai perlawanan futsal antara kumpulan. Sebuah kelas mempunyai 3 buah kumpulan. Antara kumpulan-kumpulan yang menyertai :

  • Great Rangers
  • Gempak 
  • Gurls
  • Ddabong Girls
  • Herbie Girl
Kumpulan yang telah memenangi perlawanan ini ialah Great Rangers. Tempat kedua pula ialah Gempak dan ketiga ialah Gurls .

Ketika perlawanan dijalankan

Para Pemenang 

Pasukan futsal bergambar bersama AJK PIBG dan guru-guru

Disediakan oleh





Kapal Dagang Dari Seberang, Muat Muatan Kayu Meranti, Jumpa lagi di post yang akan datang , Dengan penuh lagi aktiviti.

Sunday 16 October 2011

Doakan Kami

Assalamualikum
Esok merupakan tarikh terakhir bagi kami mengemaskini blog dan akan dinilai oleh panel penilai pada 20 Oktober 2011. Harapan kami semoga Blog Kaunseling MGS 2 terpilih ke peringkat akhir. Kami juga berharap agar maklumat-maklumat yang tertera dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca. Tidak lupa juga kepada guru kaunseling kami, Puan Maziana Mazlan kerana telah memberi kami peluang menyertai pertandingan blog ini. Sekian,terima kasih



Disediakan oleh


Kapal Dagang Dari Seberang, Muat Muatan Kayu Meranti, Jumpa lagi di post yang akan datang , Dengan penuh lagi aktiviti.

Friday 14 October 2011

Aktiviti Selepas UPSR : Kuiz Teka Silang Kata

Murid-murid tahun 6 telah diberikan Kuiz Teka Silang Kata pada 12 Oktober 2011. Mereka telah melakukan aktiviti tersebut dengan bersungguh-sungguh.






Disediakan oleh










Kapal Dagang Dari Seberang, Muat Muatan Kayu Meranti, Jumpa lagi di post yang akan datang , Dengan penuh lagi aktiviti.

Sambutan Hari Kantin Tahun 2011

Pada 11 Oktober 2011 , SK (P) Methodist 2 telah mengadakan sambutan Hari Kantin peringkat sekolah. Terdapat gerai Unit Bimbingan dan Kaunseling yang menjual makanan berat seperti nasi lemak dan bihun sup.
























Disediakan oleh


Kapal Dagang Dari Seberang, Muat Muatan Kayu Meranti, Jumpa lagi di post yang akan datang , Dengan penuh lagi aktiviti.