1 Sekolah 1 Blog ke Arah Transformasi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Wednesday 21 September 2011

Latar Belakang Perkhidmatan Kaunseling di Malaysia



     
     Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling diperkenalkan di dalam sistem persekolahan di Malaysia telah bermula sejak awal tahun 1960an. Perkhidmatan yang dilaksanakan ketika itu lebih menitikberatkan bidang bimbingan kerjaya dan pelajaran. Untuk memberi perkhidmatan bimbingan kerjaya dan pelajaran di sekolah-sekolah, kursus pendedahan selama seminggu diadakan dari semasa ke semasa oleh Bahagian Sekolah untuk guru-guru yang menjalankan tugas-tugas bimbingan.


     Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) menegaskan tentang pentingnya perkhidmatan bimbingan dipertingkatkan lagi di sekolah-sekolah seperti dinyatakan dalam Perakuan 79.

“Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan  panduan kerjaya sahaja”.

Kementerian Pelajaran telah berusaha sejak tahun 1969 lagi untuk memberi latihan kepada guru-guru yang menjalankan kegiatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah mereka. Beberapa jenis kursus telah diperkenalkan, di antaranya ialah :

- Mulai tahun 1969 guru-guru bimbingan diberi peluang menghadiri kursus pendedahan bimbingan dan kaunseling anjuran Kementerian Pelajaran selama seminggu dalam masa cuti penggal persekolahan. Kursus ini dijalankan sehingga tahun 1982.
-Pada 27 September 1973, Surat Pekeliling Ikhtisas No. 1, Pengarah Sekolah-Sekolah, Kementerian Pelajaran  telah mengarahkan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dijalankan atas nama Panduan Pelajaran, Panduan Kerjaya dan Panduan Peribadi.di Sekolah-Sekolah Menengah Berasrama Penuh / Sains. Dua orang guru dari sekolah berkenaan telah dilatih pada bulan April, 1973.
- Pekeliling Ikhtisas Bil 5/ 1976 bertarikh 5 Mei 1976 pula memberi arahan keapda semua Guru Besar Sekolah Menengah untuk menyediakan kemudahan bilik untuk Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya.
-Mulai tahun 1980 Maktab Perguruan Ilmu Khas memperkenalkan kursus khas selama setahun bagi guru-guru bimbingan untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling.
-Mulai tahun 1980 juga Universiti Kebangsaan Malaysia memperkenalkan Kursus Diploma Kaunseling selama dua semester bagi guru-guru bimbingan yang berijazah.
- Mulai tahun 1982 Universiti Pertanian Malaysia mula memperkenalkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) selama 4 tahun. Keutamaan diberi kepada guru-guru yang mempunyai Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling serta berpengalaman mengajar selama 5 tahun.
-  Mulai tahun 1982 juga, Bahagian Pendidikan Guru mula memperkenalkan Kursus Dalam Cuti (KDC) bagi guru-guru bimbingan selama 7 atau 8 minggu semasa cuti penggal persekolahan. Beberapa pusat KDC telah diwujudkan bagi menjayakan rancangan tersebut.
-  Mulai tahun 1984, Maktab Perguruan Ilmu Khas mula memperkenalkan kursus khas selama 6 bulan bagi guru-guru bimbingan yang sudah menghadiri kursus KDC dan lulus pangkat cemerlang untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling.
- Mulai tahun 1987 Institut Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim memulakan Kursus Diploma Bimbingan dan Kaunseling selama setahun bagi guru-guru bukan siswazah.
-Mulai tahun 1988, kursus Kejurulatihan Program Pembimbing Rakan Sebaya dimulakan oleh Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. Kursus ini ialah selama tiga bulan, termasuk praktikum.
-Mulai tahun 1989 kursus Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling, Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur dipindahkan ke Institut Perguruan Darul Aman, Jitra, Kedah.
-Mulai tahun 1996, Universiti Putra Malaysia mengadakan program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) kepada guru-guru dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.
-Kursus KDPK (Kursus Diploma Perguruan Khas) Bimbingan dan Kaunseling – setahun di Maktab Perguruan dan dua tahun di IPTA  (UPM, UKM dan UTM) dijalankan untuk dua kumpulan mulai 1996 – 1999 dan 1997 – 2000 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
-Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling secara rasminya bermula pada 1 Jun 1996. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/96 dibaca bersama surat Bahagian Pembangunan Organisasi dan Perkhidmatan Bil. KP (PP) 0051/22 bertarikh 26 Mac 1997 dan surat Bil. KP (PP) 0051 / 22/ (54) bertarih 14 Mac1997.
-Mulai bulan Ogos 1996, kumpulan pertama guru-guru yang mempunyai ijazah, diploma dan sijil dalam bidang bimbingan dan kaunseling dilantik sebagai Guru Bimbingan  dan Kaunseling Sepenuh Masa  (GBKSM) di sekolah-sekolah menengah seluruh negara.
- Mulai tahun 2001, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Institut Aminuddin Baki (IAB) telah mengendalikan Kursus Diploma Perguruan Kaunseling selama 6 bulan. Ia bertujuan untuk menampung kekurangan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah menengah.
-Perjawatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) sekolah menengah dan sekolah rendah adalah diluluskan berdasarkan keputusan Jemaah Menteri bertarikh 11 Julai 2001. (Rujuk surat Bahagian Pembangunan Organisasi & Perkhidmatan Bil. KP(PP) 0051/ 1/ Jld. 8/ (24) bertarikh 3 Ogos 2001)                                    
- Waran perjawatan untuk Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa sekolah menengah dan sekolah rendah juga telah dikeluarkan pada 11 Januari 2002, Bil KP(PP) 0050/ SJ ‘B’ Jld. 24/ (24) bertajuk WARAN PERJAWATAN BIL: S3 TAHUN 2002 yang membawa erti perjawatan ini perlu diisikan dengan tepat dan mengikut tangga gaji yang telah diluluskan. Nisbah Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa kepada murid adalah 1:500 bermula dengan 350 orang murid di sekolah rendah.

Bilangan Murid
Bilangan Guru Bimbingan dan Kaunseling
500
1
501 - 1000
2
1001 - 1500
3
1501 - 2000
4
2001 - 2500
5
2501 - 3000
6







Nisbah Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dengan Murid di Sekolah Menengah


Bilangan Murid
Bilangan Guru Bimbingan dan Kaunseling
350
1
501 - 1000
2
1001 - 1500
3
1501 - 2000
4
2001 - 2500
5
2501 - 3000
6

Nisbah Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dengan Murid di Sekolah Rendah

- Pada Oktober 2001 Bahagian Pendidikan Guru dengan kerjasama maktab-maktab perguruan seluruh negara telah menjalankan kursus 14 minggu bimbingan dan kaunseling kepada guru-guru sekolah rendah. Ia bertujuan untuk dilantik sebagai guru bimbingan sepenuh masa di sekolah rendah.
-  Pada September 2002, kumpulan pertama guru sekolah rendah telah dilantik sebagai Guru  Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa.
-  Pada Januari 2005, Kumpulan pertama guru lepasan KPLI Bimbingan dan Kaunseling ditempatkan
disekolah rendah sebagai guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa.


Disediakan oleh








Kapal Dagang Dari Seberang, Muat Muatan Kayu Meranti, Jumpa lagi di post yang akan datang , Dengan penuh lagi aktiviti.

2 comments: