1 Sekolah 1 Blog ke Arah Transformasi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Thursday 22 September 2011

Stress ???


Assalamulaikum.
Adakah anda stress ?
Bagaimana stress boleh berlaku ?

  1. Fakta mengenai Stress                                                                                
  • Stress adalah satu tindak balas fizikal (badan), emosi (perasaan) dan mental (fikiran) kepada peristiwa daalm kehidupan.
  • Stress berlaku apabila risauatau rasa tidak selesa terhadap sesuatu peristiwa.
  • Stress boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak mengira umur, jantina, bangsa atau agama.

     2.  Punca Stress

Punca dalam diri
  • Pengalaman zaman kanak-kanak
  • Perwatakan / Personaliti
  • Keyakinan dan harga diri yang rendah
  • Dilema dalam membuat pilihan
Punca Luaran
  • Stres perkahwinan dan rumah tangga
  • Stress keibubapaan
  • Perhubungan interpersonal yang bermasalah 
  • Cabaran kehidupan di kota atau di bandar
  • Stress di dalam pekerjaan
  • Peristiwa dalam kehidupan
  • Bebanan kewangan
  • Penyakit kronik

Disediakan oleh


Kapal Dagang Dari Seberang, Muat Muatan Kayu Meranti, Jumpa lagi di post yang akan datang , Dengan penuh lagi aktiviti.

Bahaya Rokok Terhadap Kesihatan


Assalamualaikum.
Di sini saya ingin berkongsi tentang bahayanya rokok.

Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak


Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat

Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka. Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.

Asap Rokok Basi Memudaratkan Kanak-Kanak

Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda.
Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
Jagalah mereka, sayangi mereka.
Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.

Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk

Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
Kualiti sperma anda akan terganggu.
Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.

Merokok Mengakibatkan Strok

Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.

Kurangkan Risiko Anda Mendapat Strok

Merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).
Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
Jangan biarkan diri anda dan keluarga anda hidup menderita.
Bantulah diri anda.
Amalkan cara hidup sihat.
Jangan merokok.

Berhenti Merokok

Jangan merokok. Masa depan yang hebat menanti anda dan keluarga anda.
Lakukan aktiviti sihat seperti bersukan dan berhobi.
Hidup akan lebih bermakna jika tidak terjerat dengan ketagihan yang membazirkan.
Luahkannya dengan cara positif.
Bergiat aktif. Bebaskan diri anda dari belenggu ketagihan.


Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung

Merokok sememangnya satu tabiat buruk. Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok. Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.

Sayangkan Jantung Anda

Merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.
Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
Jangan biarkan asap rokok membunuh anda.
Jauhilah diri dari asap rokok basi.
Belajarlah menyayangi jantung anda.
Jangan merokok.

Fakta Membimbangkan Akibat Merokok

50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.

Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru

Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali.

Selamatkan Diri Anda Dari Kanser Paru-Paru

Setiap sedutan membawa padah.
Kenapa harus meracuni diri?
Jangan biarkan asap rokok merosakkan paru-paru anda.
Selamatkan diri dari kanser paru-paru.
Bertindak bijak, jangan merokok.


Keluarga Anda dan Orang Tersayang

Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita akibat kanser paru-paru. Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka. Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan.

Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.

Bahan Toksik Dalam Asap Rokok

Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.
Bahan kimia dalam rokokSumber bahan kimia 
 Metanol Bahan Api
 Nitrobenzena Gasolin
 Karbon Monoksida Asap kereta
 Butana Cecair pemetik api
 Raksa Logam dalam jangka suhu
 Vinil Klorida Bahan utama plastik
 Toulena Pelarut industri
 Ammonia Pencuci lantai
 Arsenik Racun tikus
 Kadmium Bahan utama bateri   alkali
 Stearik Bahan utama dalam lilin
 Sianida Racun berbisa
Disediakan oleh







Kapal Dagang Dari Seberang, Muat Muatan Kayu Meranti, Jumpa lagi di post yang akan datang , Dengan penuh lagi aktiviti.

Jenis - Jenis Dadah


Assalamuaikum. 
Dadah mempunyai banyak jenis.
 Dadah boleh dikategorikan kepada beberapa
 jenis dadah seperti berikut :
  • Opait dan Opait sinetik
  • Stimulan
  • Ganja
  • Halusinogen
  • Depresen
  • Ubat-ubatandan bahan-bahan yang disalahguna



Disediakan oleh






Kapal Dagang Dari Seberang, Muat Muatan Kayu Meranti, Jumpa lagi di post yang akan datang , Dengan penuh lagi aktiviti.

Wednesday 21 September 2011

Aktivti Selepas UPSR : Minggu Permainan

   
     Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan Kaunseling dan guru -guru tahun enam dengan mengikuti masa dan tarikh yang telah ditetapkan. SK (P) METHODIST 2 telah mengadakan minggu permainan untuk murid tahun enam.Seramai 68 orang murid yang terlibat dalam permainan dalaman dan bola jaring.

     Rabu, 21 September 2011 - Perlawanan bola jaring antara kelas tahun 6. Permainan ini dikendalikan oleh Puan Taksiah binti Md. Sham. Antara gambar-gambar ketika permainan dilangsungkan :



   

     Jumaat, 23 September 2011 - Permainan dalaman telah dilangsungkan. Murid-murid tahun 6 telah diberi kelapangan untuk menenangkan fikiran dengan bermain permainan dalaman untuk memanfaatkan masa.


MONOPOLY
CONGKAK


SAIDINA


     23 September 2011, murid tahun enam telah diberi pemantapan penerangan tentang sahsiah rohani dan moral . Penyelarasnya ialah Encik Maslan bin Ahmad. 

Disediakan oleh

Kapal Dagang Dari Seberang, Muat Muatan Kayu Meranti, Jumpa lagi di post yang akan datang , Dengan penuh lagi aktiviti.

Apa itu Dadah ?


Assalamualikum.
Di sini terdapat seba-sedikit maklumat tentang dadah.

Dadah atau 'drug' adalah bahan atau kimia yang amat berbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa  menjadi bahan dalam berita. Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja, heroin dan syabu. Tetapi, sebenarnya terdapat neribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.


Dadah dan Anda!

Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris , makna perkataan Drug bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian , untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada drug , perkataan use , misuse atau abuse perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan drug. Contohnya drug abuse atau misuse of drug yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal,mental dan tingkahlaku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini,seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya.
Disediakan oleh


Kapal Dagang Dari Seberang, Muat Muatan Kayu Meranti, Jumpa lagi di post yang akan datang , Dengan penuh lagi aktiviti.

Latar Belakang Perkhidmatan Kaunseling di Malaysia



     
     Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling diperkenalkan di dalam sistem persekolahan di Malaysia telah bermula sejak awal tahun 1960an. Perkhidmatan yang dilaksanakan ketika itu lebih menitikberatkan bidang bimbingan kerjaya dan pelajaran. Untuk memberi perkhidmatan bimbingan kerjaya dan pelajaran di sekolah-sekolah, kursus pendedahan selama seminggu diadakan dari semasa ke semasa oleh Bahagian Sekolah untuk guru-guru yang menjalankan tugas-tugas bimbingan.


     Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) menegaskan tentang pentingnya perkhidmatan bimbingan dipertingkatkan lagi di sekolah-sekolah seperti dinyatakan dalam Perakuan 79.

“Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan  panduan kerjaya sahaja”.

Kementerian Pelajaran telah berusaha sejak tahun 1969 lagi untuk memberi latihan kepada guru-guru yang menjalankan kegiatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah mereka. Beberapa jenis kursus telah diperkenalkan, di antaranya ialah :

- Mulai tahun 1969 guru-guru bimbingan diberi peluang menghadiri kursus pendedahan bimbingan dan kaunseling anjuran Kementerian Pelajaran selama seminggu dalam masa cuti penggal persekolahan. Kursus ini dijalankan sehingga tahun 1982.
-Pada 27 September 1973, Surat Pekeliling Ikhtisas No. 1, Pengarah Sekolah-Sekolah, Kementerian Pelajaran  telah mengarahkan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dijalankan atas nama Panduan Pelajaran, Panduan Kerjaya dan Panduan Peribadi.di Sekolah-Sekolah Menengah Berasrama Penuh / Sains. Dua orang guru dari sekolah berkenaan telah dilatih pada bulan April, 1973.
- Pekeliling Ikhtisas Bil 5/ 1976 bertarikh 5 Mei 1976 pula memberi arahan keapda semua Guru Besar Sekolah Menengah untuk menyediakan kemudahan bilik untuk Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya.
-Mulai tahun 1980 Maktab Perguruan Ilmu Khas memperkenalkan kursus khas selama setahun bagi guru-guru bimbingan untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling.
-Mulai tahun 1980 juga Universiti Kebangsaan Malaysia memperkenalkan Kursus Diploma Kaunseling selama dua semester bagi guru-guru bimbingan yang berijazah.
- Mulai tahun 1982 Universiti Pertanian Malaysia mula memperkenalkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) selama 4 tahun. Keutamaan diberi kepada guru-guru yang mempunyai Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling serta berpengalaman mengajar selama 5 tahun.
-  Mulai tahun 1982 juga, Bahagian Pendidikan Guru mula memperkenalkan Kursus Dalam Cuti (KDC) bagi guru-guru bimbingan selama 7 atau 8 minggu semasa cuti penggal persekolahan. Beberapa pusat KDC telah diwujudkan bagi menjayakan rancangan tersebut.
-  Mulai tahun 1984, Maktab Perguruan Ilmu Khas mula memperkenalkan kursus khas selama 6 bulan bagi guru-guru bimbingan yang sudah menghadiri kursus KDC dan lulus pangkat cemerlang untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling.
- Mulai tahun 1987 Institut Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim memulakan Kursus Diploma Bimbingan dan Kaunseling selama setahun bagi guru-guru bukan siswazah.
-Mulai tahun 1988, kursus Kejurulatihan Program Pembimbing Rakan Sebaya dimulakan oleh Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. Kursus ini ialah selama tiga bulan, termasuk praktikum.
-Mulai tahun 1989 kursus Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling, Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur dipindahkan ke Institut Perguruan Darul Aman, Jitra, Kedah.
-Mulai tahun 1996, Universiti Putra Malaysia mengadakan program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) kepada guru-guru dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.
-Kursus KDPK (Kursus Diploma Perguruan Khas) Bimbingan dan Kaunseling – setahun di Maktab Perguruan dan dua tahun di IPTA  (UPM, UKM dan UTM) dijalankan untuk dua kumpulan mulai 1996 – 1999 dan 1997 – 2000 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
-Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling secara rasminya bermula pada 1 Jun 1996. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/96 dibaca bersama surat Bahagian Pembangunan Organisasi dan Perkhidmatan Bil. KP (PP) 0051/22 bertarikh 26 Mac 1997 dan surat Bil. KP (PP) 0051 / 22/ (54) bertarih 14 Mac1997.
-Mulai bulan Ogos 1996, kumpulan pertama guru-guru yang mempunyai ijazah, diploma dan sijil dalam bidang bimbingan dan kaunseling dilantik sebagai Guru Bimbingan  dan Kaunseling Sepenuh Masa  (GBKSM) di sekolah-sekolah menengah seluruh negara.
- Mulai tahun 2001, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Institut Aminuddin Baki (IAB) telah mengendalikan Kursus Diploma Perguruan Kaunseling selama 6 bulan. Ia bertujuan untuk menampung kekurangan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah menengah.
-Perjawatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) sekolah menengah dan sekolah rendah adalah diluluskan berdasarkan keputusan Jemaah Menteri bertarikh 11 Julai 2001. (Rujuk surat Bahagian Pembangunan Organisasi & Perkhidmatan Bil. KP(PP) 0051/ 1/ Jld. 8/ (24) bertarikh 3 Ogos 2001)                                    
- Waran perjawatan untuk Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa sekolah menengah dan sekolah rendah juga telah dikeluarkan pada 11 Januari 2002, Bil KP(PP) 0050/ SJ ‘B’ Jld. 24/ (24) bertajuk WARAN PERJAWATAN BIL: S3 TAHUN 2002 yang membawa erti perjawatan ini perlu diisikan dengan tepat dan mengikut tangga gaji yang telah diluluskan. Nisbah Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa kepada murid adalah 1:500 bermula dengan 350 orang murid di sekolah rendah.

Bilangan Murid
Bilangan Guru Bimbingan dan Kaunseling
500
1
501 - 1000
2
1001 - 1500
3
1501 - 2000
4
2001 - 2500
5
2501 - 3000
6







Nisbah Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dengan Murid di Sekolah Menengah


Bilangan Murid
Bilangan Guru Bimbingan dan Kaunseling
350
1
501 - 1000
2
1001 - 1500
3
1501 - 2000
4
2001 - 2500
5
2501 - 3000
6

Nisbah Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dengan Murid di Sekolah Rendah

- Pada Oktober 2001 Bahagian Pendidikan Guru dengan kerjasama maktab-maktab perguruan seluruh negara telah menjalankan kursus 14 minggu bimbingan dan kaunseling kepada guru-guru sekolah rendah. Ia bertujuan untuk dilantik sebagai guru bimbingan sepenuh masa di sekolah rendah.
-  Pada September 2002, kumpulan pertama guru sekolah rendah telah dilantik sebagai Guru  Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa.
-  Pada Januari 2005, Kumpulan pertama guru lepasan KPLI Bimbingan dan Kaunseling ditempatkan
disekolah rendah sebagai guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa.


Disediakan oleh








Kapal Dagang Dari Seberang, Muat Muatan Kayu Meranti, Jumpa lagi di post yang akan datang , Dengan penuh lagi aktiviti.

Tuesday 20 September 2011

Program 5 Minit Anti Dadah


  • PENDAHULUAN
Murid- murid adalah aset sekolah kerana merekalah menjadi kayu pengukur akan kejayaan dan kegemilangan sesebuah sekolah. Dalam usaha mencapai kecemerlangan akademik, pembentukan sahsiah mereka tidak dilupakan
  • MATLAMAT
Memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada warga sekolah akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah.
  • PELAKSANAAN
Taklimat program  : 27 Jun 2011
Tarikh : Sepanjang bulan Julai
Tempat : Dataran Bestari
  • IKRAR DIRI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH


Bahawasanya kami, rakyat Malaysia  berikrar
Untuk menjauhkan diri dari dadah pada setiap masa dengan :

  • memenuhi masa lapang dengan kerja-kerja yang berfaedah
  • melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berguna dan berfungsi kepada masyarakat 
  • menjadi rakyat berilmu, berakhlak mulia dan mengamalkan cara hidup sihat dan cergas
  • menyediakan diri untuk mengisi keperluan wawasan 
  • membantu segala usaha bagi membebaskan Negara Malaysia daripada ancaman dadah
Disediakan oleh







Kapal Dagang Dari Seberang, Muat Muatan Kayu Meranti, Jumpa lagi di post yang akan datang , Dengan penuh lagi aktiviti.

Pengenalan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera .
Kami mewakili Kelab Kaunseling Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist 2  ingin mengucapkan rasa bersyukur kepada Ilahi kerana telah terpilih dalam Pertandingan Pembinaan Blog Unit Bimbingan & Kaunseling Sekolah. Kami harap hasil kerja kami dalam membuat blog ini dapat memenangi pertandingan yang kami sertai .
 

Antara peserta yang telah terpilih :
1. Siti Nur Hajar Bt Mohamed Anuar



2. Nuraqilah Ilyana Bt Hassamsullah


3. Ilya Natrah Bt Mohd Nor


4. Nurul Aliea Bt Mohd Rosman

Disediakan oleh


Kapal Dagang Dari Seberang, Muat Muatan Kayu Meranti, Jumpa lagi di post yang akan datang , Dengan penuh lagi aktiviti.