1 Sekolah 1 Blog ke Arah Transformasi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Thursday 29 September 2011

Alam Remaja

Tidak lama lagi murid tahun 6 akan meninggalkan alam sekolah rendah. Tentu banyak masalah dan perubahan yang akan mereka hadapi seperti perubahan fizikal, emosi dan sosial. Kadang kala permasalahan ini sukar untuk kita berkongsi bersama ibu bapa. Di sini , Unit Bimbingan dan Kaunseling MGS2 bersedia untuk berkongsi masalah dengan anda.


APA ITU REMAJA


Remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Zaman remaja bermula dari usia 10 hingga 19 tahun. Walaubagaimanapun, tempoh peralihan ini berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain.


PERUBAHAN KE ARAH KEDEWASAAN




Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh badan dan emosi. Perubahan-perubahan ini berlaku akibat tindakan hormon dalam badan.
Kadar pembesaran dan perubahan zaman remaja adalah berbeza di antara remaja lelaki dan perempuan. Malah kadar pembesaran adalah berbeza di antara sesaorang individu dengan individu yang lain.


PERUBAHAN FIZIKAL - PERUBAHAN SEMASA AKHIL BALIGH


REMAJA PEREMPUAN
  • Buah dada (payudara) mula membesar.
  • Bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari.
  • Punggung melebar menunjukkan ciri--ciri kewanitaan.
  • Jerawat mula tumbuh.
  • Mula didatangi haid
  • Suara mungkin berubah dari suara keanak-anakan kepada suara yang lebih matang.
Kebiasaannya seorang gadis akan mengalami haid setiap bulan sehingga dia mengalami putus haid(menopos), kecuali semasa mengandung. Bagaimanapun haid mungkin lewat atau tidak teratur dalam keadaan:
  • Gangguan emosi.
  • Tekanan dalam hidup.
BAGAIMANA MENJAGA KEBERSIHAN SEMASA HAID


Kebersihan peribadi semasa haid adalah amat penting. Semasa kedatangan haid seorang gadis itu perlu.
  • Mengunakan tuala wanita semasa haid. Tuala wanita perlu di tukar selalu. (jangan buant tuala wanita merata-rata). Bungkus dan buang kedalam tong sampah.
  • Membasuh kemaluan menggunakan sabun dan air.
  • Mandi dan bersihkan diri sekurang-kurangnya dua kali sehari.
SEGUNGGUT


Senggugut ialah pengecutan dinding rahim yang kuat semasa hari pertama kedatangan haid setiap bulan. Ia akan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut dan belakang. Semasa mengalami senggugut seorang gadis mungkin merasa letih, muram dan cepat marah.


Bagaimana Cara Untuk Mengatasi Senggugut ?
  • Tekanan emosi semasa haid boleh dikurangkan dengan berbaring.
  • Sekiranya tidak-dapat menahan sakit, dapatkan rawatan dari klinik yang terdekat dengan anda.
DARA


Dara adalah istilah yang digunakan untuk remaja lelaki dan perempuan yang belum pernah mengalami perhubungan seks (persetubuhan).
Bagi remaja perempuan, dara dikaitkan dengan selaput dara. Seorang gadis itu dikatakan hilang dara sekiranya selaput dara gadis koyak akibat dari persetubuhan.
Namunbegitu selaput dara juga boleh koyak akibat dari senaman lasak dan kemalangan. Jika ini berlaku, gadis itu tetap lagi dikatakan dara.


PERUBAHAN EMOSI DAN PSIKOLOGI


Bersama perubahan fizikal, akan berlaku perubahan emosi dan psikologi. Semasa menjangkau usia remaja, anda mula tertarik kepada remaja berlainan jantina. Perasaan ini adalah normal dan merupakan sebahagian dari proses pembesaran.
Tetapi, perasaan ini perlu dikendalikan dengan bijaksana supaya tidak Menghancurkan masa depan remaja.


PERUBAHAN-PERUBAHAN LAIN:
Perubahan- perubahan lain yang tidak kurang penting adalah:.
  • Perasaan ingin mencari identiti diri
  • Ingin berdikari dan memikul tanggungjawab sendiri
  • Ingin mencuba perkara-perkara yng tidak pernah dilakukan sebelum ini.
Penerimaan rakan sebaya adalah penting.
Pada usia inilah pengaruh-pengaruh buruk yang berada di persekitaran seperti pergaulan bebas, merokok, pengambilan dadah, lepak, pemakanan tidak sihat dan sebagainya cuba meracuni golongan remaja.
Bimbingan keluarga, pelajaran dan ugama adalah pedoman untuk menunjuk arah masa depan.


SOKONGAN SOSIAL


Dalam melalui saat-saat manis alam remaia, anda perlu berinteraksi dengan rakan sebaya, keluarga dan masyarakat.
Alam remaja penuh cabaran dan masalah. Remaja akan mampu mengatasi cabaran hidup secara berbincang dan bertukar fikiran dengan:
  • Ibubapa.
  • Rakan sebaya: Pilih rakan sebaya yang baik akhlaknya.
  • Guru/ orang dewasa yang boleh dipercayai.
Sertailah program remaja di sekolah ataupun yang dijalankan oleh masyarakat di pesekitaran anda.


TIDUR SECUKUPNYA


Remaja memerlukan banyak tenaga untuk membesar. Oleh itu remaja perlu berehat secukupnya. Tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.


MENJAGA KEBERSIHAN DIRI


Semasa membesar, anda akan lebih kerap berpeluh. Oleh itu anda perlu selalu mandi dan mencuci rambut.


PEMAKANAN YANG SEIMBANG


Jika anda mahu kelihatan ceria, cergas dan cerdas anda perlu mengambil makanan yang seimbang. Nasi, mi, bijirin, sayur--sayuran, buah-buahan, ikan, daging, telur, susu dan hasil tenusu serta kekacang. Kesemuanya memainkan peranan penting dalam diet harian anda.


BERSENAM SECARA TETAP
  • Senaman akan:
  • Menguatkan otot
  • Menjadikan remaja segar pada waktu siang.
  • Membantu remaja tidur lena di waktu malam.
ALAM REMAJA MENGUBAH PANDANGAN ANDA


lbubapa anda merasa gembira kerana anda telah menjadi matang, tetapi mungkin akan merasa sedih kerana kini anda tidak lagi bergantung sepenuhnya dengan mereka.
Anda mungkin menghadapi tekanan utuk memilih antara peraturan ibubapa dengan Kemahuan anda sendiri.
Anda akan mempunyai lebih tanggungjawab samada di rumah mahupun di sekolah. Anda Terpaksa membuat keputusan mengenai......
  • Nilai yang ingin anda pilih
  • Memilih rakan sebaya
  • Arah masa depan anda
  • Cita-cita anda
Anda perlu belajar berbincang dan berkongsi perasaan dengan ibubapa. Luahkan perasaan anda dengan ibubapa


HIASILAH DIRI ANDA DENGAN NILAI NILAI-MURNI
  • Hormatilah orang-orang yang lebih tua dari anda.
  • Hindarkan diri dari pengaruh rokok, dadah dan arak.
  • Amanah
  • Dekatilah diri anda dengan ajaran agama.
  • Bantulah rakan yang memerlukan pertolongan.
  • Menabung untuk masa depan anda.
ZAMAN REMAJA ADALAH MENYERONOKAN SEKIRANYA ANDA.
  • Memahami mengenai perubahan fizikal, emosi, mental dan sosial semasa remaja.
  • Mahu belajar dan bertanya mengenai alam remaja.
  • Mahu berkongsi perasaan dan emosi anda dengan ahli keluarga.Hormati dan sayangilah diri serta tubuh badan anda
APAKAH ANDA MEMPUNYAI CIRI-CIRI REMAJA YANG SIHAT


Cuba buat penilaian untuk diri anda sendiri mengikut senarai semak ini.


Bil.AktivitiYaTidak
1.Makan pemakanan seimbang dan sihat...
2.Bersenam tiga kali seminggu secara tetap...
3.Tidur dan rehat secukupnya...
4.Mampu mengendalikan tekanan dengan berkesan...
5.Tidak merokok...
6.Tidak menggunakan dadah...
7.Tidak meminum arak...
8.Tidak melakukan hubungan seks sebelum nikah...
9.Tidak memandu laju/berlumba haram...
10.Mempunyai hubungan baik dengan ahli keluarga...


Jika jawapan anda 'YA' bagi semua soalan di atas, SYABAS! Anda adalah seorang remaja yang sihat. Sekiranya anda menjawab 'Tidak' bagi satu soalan atau lebih, anda perlu mengubah gaya hidup anda. Anda boleh meminta bantuan dari:-
  • lbubapa
  • Kaunselor
  • Guru
  • Doktor
Credit to : Rahsia Remaja
Disediakan oleh






Kapal Dagang Dari Seberang, Muat Muatan Kayu Meranti, Jumpa lagi di post yang akan datang , Dengan penuh lagi aktiviti.

Tuesday 27 September 2011

Barah Atau Kanser


Barah atau kanser (Istilah perubatan: barah neoplasm) merupakan klasifikasi penyakit yang merujuk kepada keadaan sel yang membesar secara luar kawalan, pencerobohan dan pemusnahan tisu biologi dan metastasia. Ketiga-tiga ciri-ciri barah ini berbeza daripada tumor bukan barah, yang merupakan penyerebakan terhad dan bukan metastasia. Kebanyakan barah menyebabkan tumor, akan tetapi seperti leukemia, sesetengah barah tidak. Bidang perubatan yang menjalankan penyelidikan, diagnosis, pengubatan dan pencegahan barah dikenali sebagai onkologi.
Barah telah menjadi masalah utama akibat peningkatan tempoh jangka hayat. Ini disebabkan kadar mutasi semakin meningkat selaras dengan tempoh hayat yang semakin berpanjangan. Walaupun kemajuan yang besar telah dicapai dalam cara rawatan, kebanyakan rawatan hanya berkesan bagi penyakit barah awal. Bagi kebanyakan barah yang telah mencapai tahap lanjut masih tiada rawatan yang berkesan wujud dan dalam kebanyakan kes akhirnya membawa maut. Oleh itu bolehlah dianggap, mereka yang melewatkan mendapat rawatan seolah-olah membunuh diri. Walau bagaimanapun sungguhpun tidak terdapat ubat yang berkesan bagi pesakit barah yang tahap akhir, semenjak 20 tahun kebelakangan perkembangan penjagaan palliative telah meningkat dengan meluas.
Rawatan barah biasanya dikendalikan oleh onkologidoktor yang khusus dalam rawatan penyakit malignant. Rawatan barah perlu dilakukan dengan serta merta sebaik sahaja ia dikesan. Kelewatan mendapatkan rawatan mengurangkan peluang untuk sembuh. Barah yang dikesan pada peringkat awal mempunyai peluang yang baik untuk dirawat secara berkesan.
Barah mampu menyebabkan pelbagai tanda, bergantung kepada tempat dan ciri meligan dan samaada berlakunya metastasis. Dignosa tepat biasanya memerlukan pemeriksaan tisu yang diambil melalui biopsi melalui mikroskop. Apabila didiognasa, barah biasanya dirawat melaluipembedahankemoterapi dan/atau rawatan radiasi.
Sekiranya tidak dirawat, kebanyakan barah akhirnya menyebabkan kematian; barah merupakan punca utama kematian di negara membangun. Kebanyakan barah boleh dirawat dan ramai yang sembuh terutamanya menerima rawatan pada peringkat awal. Kebanyakan bentuk barah berkait dengan fakor persekitaran, yang boleh dielakkan. Merokok tembakau mendorong kepada lebih banyak barah berbanding fakor persekitaran yang lain.
Credit to : Wikipedia Penyakit Barah
Disediakan oleh







Kapal Dagang Dari Seberang, Muat Muatan Kayu Meranti, Jumpa lagi di post yang akan datang , Dengan penuh lagi aktiviti.

Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penayakit/ HIV DAN AIDS



HIV (bahasa Inggerishuman immunodeficiency virus) ialah virus yang menyebabkan AIDS. Sebelum dikenali dunia sebagai HIV, nama lain virus ini termasuk HTLV-III (human T-lymphotropic virus-III), LAV (lymphadenopathy-associated virus), dan ARV (AIDS-associated retrovirus).



Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit atau lebih dikenali sebagai AIDS (bahasa InggerisAcquired Immune Deficiency Syndrome) (Sindrom Kelemahan/Kekurangan Imun Perolehan atau "SKIP")) ialah satu penyakit serius disebabkan oleh virus HIV (bahasa Inggeris:Human Immunodeficiency Virus).
AIDS disebabkan oleh virus HIV yang menyerang dan memusnahkan daya ketahanan badan. Seseorang individu mendapat AIDS apabila virus HIV merosakkan sistem pertahanan tubuh badan. Sistem pertahanan badan yang tidak berfungsi menjadikan individu mudah dijangkiti bakteria dan virus-virus lain yang boleh menyebabkan sakit teruk.

Asal Usul HIV


Asal usul AIDS dan HIV telah menjadi tanda tanya saintis semenjak penyakit itu mula dikenalpasti pada awal tahun 1980-an. Kes pertama yang dikenalpasti sebagai AIDS berlaku di Amerika Syarikat pada awal tahun 1980-an apabila kebanyakan lelaki homoseksual di New York dan California menunjukkan jangkitan penyakit luar biasa dan kanser yang sukar dirawat. Pada masa itu, AIDS tidak mempunyai nama tetapi jelas pesakit-pesakit tersebut menunjukkan gejala sindrom yang sama.
Pada tahun 1982, pegawai-pegawai kesihatan mula mengunakan istilah "acquired immunodeficiency syndrome" atau AIDS untuk menerangkan kejadian-kejadian jangkitan luar biasa ini seperti barah Karposi Sarcoma dan pneumonia di kalangan masyarakat yang sebelum ini sihat. Laporan dan pengesanan pesakit AIDS secara rasmi bermula pada tahun itu di Amerika Syarikat. Pada tahun 1983, para saintis menemui virus yang mengakibatkan AIDS. Virus ini pada mulanya dinamakan HTLV-III/LAV (human T-cell lymphotropic virus-type III/lymphadenopathy associated virus) oleh sekumpulan saintis antarabangsa. Nama ini kemudian ditukar kepada HIV (human immunodeficiency virus).
Buat masa ini, para saintis masih tidak jelas tentang asal usul HIV dan bagaimana ia tersebar di kalangan masyarakat manusia. Kebanyakan saintis percaya bahawa HIV berasal dari primat lain. Kemudian pada tahun 1999, sekumpulan saintis telah melaporkan bahawa mereka telah menjumpai asal-usul HIV-1, jenis utama virus HIV yang terdapat di negara-negara maju. Satu subspesis cimpanzi, yang berasal dari Barat Afrika telah dikenalpasti sebagai punca virus ini. Mereka percaya bahawa HIV-1 didedahkan kepada manusia apabila pemburu-pemburu ini didedahkan kepada darah cimpanzi yang dijangkiti oleh virus ini.
Antara kajian yang dilakukan pada masa ini mendapati HIV yang paling awal diketahui dalam manusia ialah daripada contoh darah yang diambil daripada seorang lelaki pada tahun 1959 di KinshasaRepublik Demokratik Congo. Cara bagaimana dia dijangkiti virus ini bagaimanapun tidak diketahui. Berdasarkan analisis genetik ke atas sempel darah menunjukkan kemungkinan jangkitan itu berasal daripada satu virus pada akhir tahun 1940-an atau awal tahun 1950-an.

BAGAIMANA HIV BERTINDAK KE ATAS BADAN


Lazimnya, sistem pertahanan manusia bertindak sebagai perisai yang melindungi manusia daripada bakteria, virus dan sebagainya. Apabila virus HIV masuk dalam badan, ia mula merosakkan sel pertahanan tubuh badan yang dipanggil 'CD4 helper lymphocyte' (sel pembantu CD4). Sel CD4 bertindak sebagai utusan kepada sel-sel sistem pertahanan tubuh badan yang lain, memberitahu mereka untuk melawan organisma yang menceroboh. HIV melekat dan menjangkiti sel CD4 dan mejadikan sel CD4 sebagai tempat untuk menggandakan virus HIV. Dalam proses ini, sel CD4 yang dijangkiti hilang keupayaan untuk melawan jangkitan lain.
Apabila perisai ini lemah atau hilang, individu terbabit dikatakan dijangkiti AIDS. Mereka yang mendapat AIDS, tidak mampu untuk melawan pelbagai jangkitan dan boleh juga mendapat jenis kanser yang tertentu contohnya Karposi sarcoma dan lymphoma. AIDS boleh melibatkan semua sistem dalam tubuh badan.

TANDA-TANDA SESEORANG POSITIF HIV

Seseorang yang positif HIV (HIV+) dikatakan mempunyai AIDS apabila daya pertahanan badannya telah dirosakkan oleh virus HIV dan ditimpa jangkitan HIV yang teruk. Tanda-tanda jangkitan HIV dan AIDS mungkin tidak jelas untuk beberapa tahun dan seseorang mungkin tidak mengetahui yang dia telah mendapat penyakit ini. Walaubagaimanapun individu terbabit masih boleh meyebarkan virus HIV kepada orang lain pada peringkat ini. Jangkamasa tanda-tanda ini timbul bergantung kepada individu. Jika individu yang positif HIV tidak mendapatkan rawatan, ia akan mengambil purata 8-10 tahun daripada HIV kepada AIDS.[1]
CDC Amerika Syarikat mendefinasikan AIDS di kalangan orang dewasa and remaja yang berumur 13 tahun ke atas dengan kewujudan satu atau lebih dari 26 penyakit yang menandakan pemendaman sistem daya pertahanan immunosuppression teruk dikaitkan dengan jangkitan HIV, seperti pneumocystis carinii pneumonia (PCP), satu keadaan yang amat jarang di kalangan mereka yang sihat tanpa jangkitan HIV. Kebanyakan keadaan ditakrifkan sebagai AIDS juga merupakan "jangkitan mengambil peluang" yang jarang mendatangkan bahaya pada orang yang sihat. Diagnosis AIDS juga diberikan kepada individual dijangkiti HIV apabila kiraan sel-T CD4+ jatuh di bawah 200 sel/millimeter persegi (mm3) darah. Orang dewasa sihat biasanya mempunyai bilangan sel-T CD4+ sekitar 600-1,500/mm3 darah. Bagi kanak-kanak dijangkiti HIV di bawah umur 13 tahun, takrifan CDC bagi AIDS adalah sama dengan remaja dan dewasa, kecuali dengan tambahan jangkitan yang biasa dilihat bagi pesakit kanak-kanak dengan HIV.
Secara ringkas, apabila sistem pertahanan tubuh dilumpuhkan oleh penyakit AIDS/HIV, tanda-tandanya termasuk:
  • Terlalu lemah dan lesu
  • Penurunan berat badan yang mendadak
  • Demam panas yang kerap
  • Peluh malam
  • Kelenjar limfa membengkak
  • Ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa. Contoh : lapisan dalam mulut
  • Cirit-birit yang kronik
  • Batuk kronik
  • Hilang ingatan
  • Jangkitan teruk yang tidak dapat dirawat

CARA SEBARAN 

HIV/AIDS dapat disebarkan melalui cecair badan:
  • Perhubungan seks tanpa kondom
  • Penerimaan darah yang tercemar
  • Perkongsian jarum suntikan dadah
  • Dari ibu ke anak semasa mengandung atau pelahiran atau menyusu
HIV/AIDS tidak boleh disebarkan sekadar melalui:
  • Perciuman atau berpeluk
  • Pergaulan harian di tempat awam seperti di sekolah atau tempat kerja
  • Makan di restoran atau membeli-belah di pasaraya
  • Berenang di kolam renang awam
  • Gigitan nyamuk atau serangga lain

KHATAN DAN KESNYA

Dalam beberapa kajian yang dijalankan, terutamanya di Afrika, terdapat penemuan bahawa berkhatan mengurangkan kadar penyebaran AIDs dan barah pangkal rahim. Bagaimanapun berkhatan tidak menghapuskan risiko tersebut 100%. Hasil kajian tersebut turut diiktiraf oleh program Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan UNAIDS hasil 3 kajian klinikal yang membuktikan lelaki yang berkhatan mempunyai 50% hingga 60% kurang risiko berbanding lelaki tidak berkhatan bagi dijangkiti HIV semasa hubungan seks berkelamin (tidak termasuk hubungan gay). Sebaliknya sesetengah pejuang hak wanita pula mendakwa ia mampu memburukkan kadar penularan dikalangan wanita. Sebahagian yang lain pula merasakan berkhatan tidak memberi kesan kepada penyebaran AIDs, bagaimanapun tidak tanpa bukti kajian klinikal bagi menyokong dakwaan mereka.

Disediakan oleh










Kapal Dagang Dari Seberang, Muat Muatan Kayu Meranti, Jumpa lagi di post yang akan datang , Dengan penuh lagi aktiviti.

Penyakit Kencing Manis


Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitusmerupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.
Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:
  • Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
  • Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).

SEJARAH


Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun MesirIndiaCina, dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 SM. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua jenis berlainan semenjak abad ke lima lagi.
Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu. Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Diabetes Melitus atau secara amnya dikenali sebagai kencing manis, merupakan satu penyakit kronik (tidak boleh pulih sepenuhnya) dan hampir 8-9% masyarakat dewasa di Malaysia mengidap penyakit ini.
Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat sama ada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.
Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabilaFrederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glukos dalam darah.

PENGAWALAN BIABETIS


Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:
  • Penjagaan pemakanan dan berat badan
  • Kerap bersenam
  • Pengubatan
  • Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.
Pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat pesakit itu dikawal dengan betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada ubat (pil) dan/atau suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan bersenam. Walau apa pun ubat yang diambil, perkara-perkara berikut perlu diketahui dan dipatuhi :
  • Bila hendak mengambil/makan ubat dan berapa banyak ubat yang perlu diambil?
  • Jenis rawatan yang diterima?
  • Dimana hendak mendapat ubat?
Disediakan oleh









Kapal Dagang Dari Seberang, Muat Muatan Kayu Meranti, Jumpa lagi di post yang akan datang , Dengan penuh lagi aktiviti.

Monday 26 September 2011

Penyakit jantung



STRUKTUR


Dalam tubuh manusia, jantung terletak sebelah kiri sedikit dari tengah dada, dan di belakang tulang dada (sternum). Ia diselaputi oleh kantung yang dikenali sebagai perikardium dan dikelilingi oleh peparu. Secara purata, jantung orang dewasa mempunyai berat sekitar 300-350 g. Ia terdiri dari empat ruang, dua atrium di atas dan dua ventrikel di bawah.
Dinding otot yang tebal (septum) membahagikan atrium dan ventrikel kanan dari atrium dan ventrikel kiri. Ia memisahkan darah beroksigen dan terdeoksigen dari bercampur. Injap antara atrium dan ventrikel hanya membenarkan aliran darah secara satu hala dari atrium ke ventrikel.
Ventrikel adalah bahagian jantung yang mengepam darah ke seluruh tubuh termasuk paru-paru. Dinding ventrikel adalah lebih tebal berbanding atrium, dan pengecutan dinding ventrikel adalah lebih penting bagi memastikan darah mengalir.
Darah terdeoksigen dari tubuh memasuki atrium kanan melalui 2 salur, vena kava superior (superior vena cava) dan vena kava inferior (inferior vena cava). Darah kemudian mengalir ke ventrikel kanan. Ventrikel kanan mengepam darah terdeoksigen ini ke peparu melalui arteri pulmonari. Selepas darah kehilangan karbon dioksida dan menyerap oksigen dari peparu, ia mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri. Dari atrium kiri, darah beroksigen dipam ke ventrikel kiri. Ventrikel kiri merupakan pam utama yang membekalkan darah melalui aorta ke seluruh tubuh kecuali peparu.
Ventrikel kiri adalah lebih tebal berbanding kanan. Ini disebabkan oleh keperluan untuk mengenakan tekanan yang tinggi bagi mengatasi rintangan yang dikenakan oleh tubuh. Ventrikel kanan hanya perlu mengepam darah ke peparu, jadi ia tidak memerlukan otot dinding yang kuat. Ini juga diperlukan kerana dua sebab lain: 1) kapilari peparu adalah lemah; tekanan tinggi akan merosakkan kapilari tersebut dan 2) aliran darah yang perlahan adalah diperlukan bagi memberi masa untuk pertukaran gas antara darah dan peparu.
Dinding jantung terdiri daripada tiga lapisan. Lapisan terluar dikenali sebagai perikardium (pericardium), lapisan tengah dipanggil myokardium (myocardium), dan lapisan terdalam dipanggil endokardium (endocardium). Perikardium boleh dibahagikan lagi kepada dua lapisan iaitu fibrous pericardium (luar) dan serous pericardium (dalam). Myokardium adalah lapisan yang paling tebal dan terdiri daripada otot jantung. Ia membentuk majoriti keseluruhan dinding jantung. Endokardium merupakan lapisan terdalam yang terdiri daripada sel epitelium leper dan tisu penyambung.
Bekalan darah yang banyak diperlukan untuk membekalkan nutrien, terutama oksigen, kepada jantung. Darah ini dibekalkan oleh arteri koronari kiri dan kanan, yang bercabang keluar dari aorta. Bekalan darah kepada jantung dipanggil kitaran darah koronari


KITAR KARDIAK
Setiap degupan jantung melibatkan turutan yang dikenali sebagai "kitar kardiak". Ia terbahagi kepada tiga bahagian: "sistol atrium" (atrial systole), "sistol ventrikel" (ventricular systole) dan "diastol kardiak sepenuhnya" (complete cardiac diastole). Sistol atrium adalah pengecutan kedua-dua atrium, sistol ventrikel adalah pengecutan kedua-dua ventrikel, manakala diastol kardiak pula merupakan pengenduran keseluruhan otot-otot jantung.
Apabila sistol atrium berlaku, injap atrioventrikular (atrioventricular valves) akan terbuka. Darah dipam masuk ke dalam ventrikel. Apabila sistol atrium berakhir, sistol ventrikel pula bermula. Tekanan tinggi dalam ventrikel menyebabkan injap atrioventrikular tertutup, dan injap sabit (semilunar valves) terbuka. Ini menyebabkan darah hanya dipam ke dalam aorta dan arteri pulmonari tetapi tidak ke dalam atrium.
Diastol kardiak berlaku setelah darah dipam keluar dari jantung. Pada masa ini, darah di dalam aorta akan mengalir balik ke dalam jantung, tetapi ini tidak berlaku kerana penutupan injap sabit.
Bunyi jantung yang kita dengari adalah disebabkan oleh penutupan injap atrioventrikular (bunyi pertama) dan penutupan injap sabit (bunyi kedua).


ATURAN KITAR KARDIAK

Otot kardiak adalah myogenik. Ini bererti bahawa berbeza dengan otot rangka yang memerlukan rangsangan (sama ada sedar atau reflex), rangsangan otot jantung adalah secara automatik. Pengecutan berirama berlaku sendiri, walaupun frekuensi boleh berubah disebabkan keresahan, kesan hormon, senaman atau berasa terancam.
Irama pengecutan diselaraskan oleh node sinoatrial dan node atrioventrikular. Node sinoatrial, sering dikenali sebagai perentak jantung, terletak di bahagian atas dinding atrium kanan dan bertanggungjawab menghasilkan impuls eletrik yang memulakan pengecutan atrium. Apabila impuls ini tiba di node atrioventrikular yang terletak di dinding antara ruang ventrikel, ia akan dilambatkan sedikit. Ini bertujuan memastikan atrium telah mengecut sepenuhnya. Selepas itu, impuls ini dialirkan melalui berkas His (bundle of His) di dalam septum dan dialirkan ke dalam dinding-dinding ventrikel. Impuls ini menyebabkan pengecutan ventrikel berlaku.
Jantung mampu terus berdegup walaupun setelah dikeluarkan dari tubuh manusia yang hidup. Perkara ini terus menakjubkan manusia sepanjang zaman. Malah kaum Aztec yang tinggal di Amerika Selatan telah begitu kagum dengan keupayaan jantung berdegup di luar tubuh ini, sehinggakan mereka mengamalkan pengorbanan manusia dengan meragut keluar jantung dari mangsa pengorbanan hidup-hidup sebagai bahan persembahan kepada dewa matahari.

                                                        
PENYAKIT DAN RAWATAN

Bidang kajian mengenai jantung dikenali sebagai kardiologi. Penyakit penting bagi jantung termasuk:
  • Penyakit jantung koronari merupakan kekurangan bekalan oksigen kepada otot jantung Ia menyebabkan sakit dada teruk dan ketidak selesaan yang dikenali sebagai angina.
  • Myocardial infarction atau umumnya dikenali sebagai sakit jantung berlaku disebabkan kematian sel jantung akibat kitaran darah kepada jantung terganggu. Penyakit jantung koronari yang berterusan akan menyebabkan sakit jantung.
  • Congestive heart failure atau kegagalan jantung adalah kehilangan daya pam jantung.
  • Endokarditis, myokarditis dan perikarditis adalah keradangan jantung.
  • Arrhythmia kardiak (cardiac arrhythmia) adalah ketidaktentuan degupan jantung.
Sekiranya arteri koronari tersumbat, tempat masalah boleh dipintas dengan pembedahan pintas arteri koronari (coronary artery bypass surgery) atau ia boleh diluaskan melalui kaedah angioplasty.
Beta blocker adalah dadah yang merendahkan kadar degupan jantung dan tekanan darah dan mengurangkan keperluan jantung untuk oksigen. Nitroglycerin dan bahan lain yang membekalkan nitrik oksida (NO) digunakan untuk merawat sakit jantung kerana ia menyebabkan pengembangan arteri koronari.
Perentak jantung buatan (artificial pacemaker) diimplan ke dalam jantung pesakit yang mengidap arrhythmia.
Pemindahan jantung dilakukan terhadap pesakit yang mengidap penyakit jantung koronari atau kegagalan jantung tahap akhir.

Disediakan oleh





Kapal Dagang Dari Seberang, Muat Muatan Kayu Meranti, Jumpa lagi di post yang akan datang , Dengan penuh lagi aktiviti.

Kursus Kepimpinan Kokurikulum 2011

Assalamualaikum .

Kursus Kepimpinan Kokurikulum perlu diadakan bagi meningkatkan keyakinan pemimpin dalam sesebuah kelab dan unit beruniform. Kursus telah diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 24 September 2011
Tempat : Dataran Bestari Sekolah

Kursus ini telah dianjurkan oleh GPK Kokurikulum Dan Kelab Kaunseling Sekolah.Kursus ini telah dijayakan dengan bantaun Puan Yusnizal Bt Ismail. Beliau merupakan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Parit Kundur. Terima kasih saya ucapkan atas kerjasama kerana telah membantu pihak sekolah menjayakan kursus ini.




Disediakan oleh


Kapal Dagang Dari Seberang, Muat Muatan Kayu Meranti, Jumpa lagi di post yang akan datang , Dengan penuh lagi aktiviti.

Masalah Ponteng


Ponteng adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Istilah tersebut digunakan bagi kes ketidakhadiran yang berpunca daripada keinginan pelajar itu sendiri, dan bukannya kes-kes yang "dimaafkan" seperti sakit, kemalangan dan sebagainya. Definisi sebenar mungkin berbeza mengikut sekolah, tetapi biasanya diterangkan secara jelas di dalam peraturan sekolah.
Ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari.
Di sesetengah sekolah, pelajar yang ponteng akan hilang kelayakan untuk tamat sekolah ataupun menerima jam kredit bagi kelas yang tidak dihadiri, sehinggalah kekurangan tersebut diisi melalui tahanan kelas, denda ataupun kelas gantian.

Punca gejala ponteng

  1. Suasana persekitaran sekolah yang berubah akibat proses urbanisasi, seperti pembinaan arked permainan videokafe siber atau pusat membeli-belah berhampiran sekolah
  2. Pengaruh media elektronik
  3. Kurangnya kasih sayang serta pemantauan daripada ibu bapa
  4. Pengaruh rakan sebaya
  5. Persekitaran sekolah yang kurang kondusif serta dibebani tekanan, umpamanya guru yang terlalu garang

Menangani pelajar ponteng

Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia amat memandang serius akan gejala ponteng sekolah, memandangkan gejala ini seterusnya akan membawa kepada permasalahan sosial yang lebih teruk seperti gejala maksiat dan samseng remaja. Oleh itu, di beberapa tempat seperti di Lembah KlangPolis Diraja Malaysia menempatkan beberapa anggota polis bagi memantau kawasan tumpuan remaja bagi mengesan pelajar ponteng, dan sekiranya pelajar yang didapati ponteng tertangkap maka ibu bapa berkemungkinan akan dikenakan tindakan.
Untuk membolehkan penguatkuasaan larangan ponteng dapat dilaksanakan secara menyeluruh, orang ramai diseru agar melaporkan kepada polis sekiranya terserempak dengan pelajar yang ponteng sekolah.
Selain itu, pihak berkuasa tempatan juga turut mengambil inisiatif bagi menangani gejala ponteng dengan menyertakan syarat remaja berpakaian seragam sekolah tidak boleh memasuki premis mereka sebagai salah satu syarat bagi mengeluarkan lesen bagi kafe siber dan arked permainan video.
Di samping itu, pihak sekolah juga perlu menyediakan suasana persekolahan yang kondusif serta tidak menekan pelajar untuk menarik minat pelajar agar terus menghadiri kelas. Guru-guru juga disaran supaya bersikap ramah serta tidak terlalu garang dengan pelajar.
Paling penting, ibu bapa seharusnya memainkan peranan bermula dari akar umbi bagi mencegah anak-anak mereka daripada ponteng sekolah. Mereka seharusnya memerhatikan gerak-geri anak mereka, dengan siapa anak mereka berkawan, kerap menghubungi pihak sekolah serta memeriksa beg sekolah anak mereka sebagai bukti sama ada anak-anak mereka menghadiri sekolah atau tidak. Ibu bapa juga tidak seharusnya terlalu mempercayai anak-anak mereka kerana sikap terlalu memanjakan anak sudah tentunya bakal memakan diri sendiri kelak.

Disediakan oleh






Kapal Dagang Dari Seberang, Muat Muatan Kayu Meranti, Jumpa lagi di post yang akan datang , Dengan penuh lagi aktiviti.

Aktiviti Selepas UPSR : Kelas Memasak

Assalamualaikum

Pada hari Isnin, 25 September 2011 murid-murid tahun 6 telah mengadakan aktiviti memasak pizza. Aktiviti ini telah dikendalikan oleh Puan Roshayati selaku guru masakan. Masakan ini telah diadakan di dalam kelas tahun 6. Setiap kumpulan mempunyai 6 orang ahli. Setiap kumpulan memasak 2 keping pizza. Murid-murid telah menyediakan bahan dari rumah. Bahan-bahan tersebut termasuklah roti totilla , sos tomato , sos barbeku dan keju mozarella. 





Disediakan oleh







Kapal Dagang Dari Seberang, Muat Muatan Kayu Meranti, Jumpa lagi di post yang akan datang , Dengan penuh lagi aktiviti.