1 Sekolah 1 Blog ke Arah Transformasi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Maklumat Sekolah

Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist 2,Melaka telah memulakan detik sejarah pembukaannya pada awal Januari  1965. Dua buah bilik darjah yang terdiri daripada 100 murid Darjah Satu telah diwujudkan .Oleh kerana bangunan sekolah masih lagi belum wujud lagi maka berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist 1.Guru Besar yang pertamanya ialah Puan Ngooi Ee How  Chin Fong.


          Bermulanya dari tahun 1966,di mana ketika itu sekolah ini telah pun mempunyai dua aliran iaitu dua kelas Darjah Satu dan Darjah Dua telah berkongsi dengan bangunan SK(P)METHODIST 1 secara mengikuti giliran enam bulan petang.Kemasukan murid-murid bau terus diterima sehingga wujudnya aliran Darjah Satu hingga Darjah Enam pada tahun 1970.Pada tahun 1967,Pengarah Pelajaran Melaka telah memeritahu Guru Besar ketika itu, Puan Ngooi Ee How tentang rancangan kerajaan. Membina sebuah bangunan baru untuk bangunan sekolah ini sekirany pihak sekolah dapat menyediakan 50% daripada kos perbelanjaan binaan.


          Pada akhir 1975, pihak sekolah menerima bantuan modal daripada Kementeria Pelajaran Malaysia sebanayk RM 25 000. Dalam tahun 1997, bangunan baru telah mula didirikan iaitu bangunan dua tingkat terdiri daripada 8 buah bilik darjah, sebuah bilik pejabat, sebuah bilik guru, dua buah stor dan 6 buah tandas pam. Bangunan SK(P)Methodist 2 telah siap dibina pada tarikh 7 Julai 1977. Bangunan baru ini telah dirasmikan pembukaannya oleh YB Tuan Pengarah Pelajaran Melaka, Encik Mahpor bin Baba dan direstui oleh Bishop CH Fang pada 4 November 1977.

          Dengan terbinanya bangunan SK(P)Methodist 2 ini, murid-murid tidak perlu bersusah payah lagi belajar pada waktu petang dengan mengikut giliran. Guru Besar yang pertama iaitu Puan Ngooi Ee How telah bersara pada 31 Mac 1980. Pada 15 April 1980, Puan Ong Sek Lim telah dilantik sebagai pemangku Guru Besar di sekolah ini.

          Walaupun bangunan baru telah dibina beberapa bilik darjah terpaka dipinjam daripada SK(P)Methodist1. Sekali lagi di bawah kepimpinan Guru Besar yang baru iaitu Puan Ong Sek Lim telah berusaha menjalankan berbagai-bagai projek bagi menampung perbelanjaan pembinaan yang dirancangkan iaitu sebanyak 3 buah bilik darjah dan sebuah bilik sumber. Sekali lagi ahli LP, Guru Besar, gur-guru dan murid-murid telah menjalankan pelbagai usaha untuk mencari wang perbelanjaan pembinaan yang dianggarkan lebih kurang RM 65 000. Segala usaha dan penat lelah dijalankan selama ini tidaklah sia-sia. Pembangunan yang diidam-idamkan itu telah siap dibina pada tahun 1984. Pada awal 1985 keempat-empat bilik darjah tersebut telah dapat digunakan seperti yang telah dirancangkan.



VISI SEKOLAH

SK(P)M 2 KINI CEMERLANG, PASTI GEMILANG MENJELANG 2013

MISI SEKOLAH

MELAHIRKAN INSAN BESTARI, BERWAWASAN DAN MENJADI IDOLA KEPADA MASYARAKAT
 
MAKLUMAT GURU
GRED
ETNIK
JUMLAH
MELAYU
CINA
INDIA/LAIN
L
P
J
L
P
J
L
P
J
L
P
J



SISWAZAH
2
19
21
-
2
2
-
-
-
2
21
23
BUKAN SISWAZAH
1
12
13
-
1
-
-
-
-
1
13
14
JUMLAH
3
34
37


ENROLMEN MURID


BANGSA
MELAYU
CINA
INDIA
LAIN-LAIN
JUMLAH
407
34
25
9
JUMLAH KESELURUHAN
475

ANALISIS KEPUTUSAN UPSR 2008-2010


TAHUN
2008
2009
2010
Peratus keseluruhan
91.9%
91.7%
96.3%
UPSR 5A
25
26
26

Disediakan oleh
 
 




Kapal Dagang Dari Seberang, Muat Muatan Kayu Meranti, Jumpa lagi di post yang akan datang , Dengan penuh lagi aktiviti.