1 Sekolah 1 Blog ke Arah Transformasi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Pengenalan

FALSAFAH
Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

RASIONAL PERKHIDMATAN
BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.       Usaha-usaha pencegahan peringkat awal persekolahan dapat membantu mengatasi gejala sosial di peringkat remaja. Oleh itu mengenalpasti masalah di peringkat awal dan mencegahnya begitu perlu daripada berlarutan hingga ke sekolah menengah.
2.      Kepentingan sekolah-sekolah rendah sebagai asas pembentukan masa depan murid dari segi akademik, kerjaya, psikososial dan pembangunan rohani.
3.      Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat memberi ruang kepada murid untuk mengenali dan membangunkan diri sendiri.
4.      Cabaran masa kini memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkualiti, sistematik dan berkesan.
VISI PERKHIDMATAN
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
menjadi  peneraju utama dalam mewujudkan
suasana yang teraputik dan kondusif
di sekolah menjelang tahun 2015


MISI PERKHIDMATAN
Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:
+      Menguruskan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan cekap dan berkesan.
+      Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran intelek (IQ), emosi yang tinggi (EQ) dan berakhlak mulia (SQ).
+           Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
+      Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
+      Memberikan  pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.
+      Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan dalam kalangan murid.

OBJEKTIF PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


1.       Merancang, menyelaras, mengawal dan menilai perkhidmatan dan aktiviti bimbingan dan kaunseling ke arah mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.      Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek perkembangan diri murid dengan menyediakan peluang, kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi murid.
3.      Memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan murid daripada terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tingkah laku tidak berdisiplin, penggunaan dadah, merokok, laku musnah, peras ugut, menyertai pertubuhan haram dan perbuatan anti sosial yang lain.
4.      Memberi khidmat bersifat pemulihan dengan tujuan mengorientasikan semula murid yang bermasalah supaya mereka mampu menghadapi dan mengatasi masalah sendiri.
5.      Memberi khidmat kaunseling krisis kepada murid yang memerlukan.
6.      Memberikan perkhidmatan ke arah membangun dan memajukan sekolah dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum.
7.      Menyediakan perkhidmatan dari segi akademik, psikososial dan kesejahteraan mental, kerjaya, keibubapaan dan pembangunan murid kepada semua murid.

PRINSIP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


1.       Perkhidmatan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah proses pendidikan yang terancang dan berterusan. Murid dididik atau dibimbing untuk mendapat dan mempelajari pengalaman, nilai, sikap, perlakuan dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk di Malaysia.
2.      Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk semua murid. Semua murid diberi peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakang, kaum, agama atau kepercayaan.
3.      Semua murid mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila mereka memerlukannya. Pada ketika tertentu seorang murid mungkin memerlukan pertolongan, sokongan dan bimbingan dalam proses perkembangan dirinya.
4.      Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk melayan keperluan murid bagi perkembangan potensi dan kebolehan mereka. Program bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayan keperluan individu supaya berkembang dengan kadar optimum mengikut tahap perkembangan dirinya.
5.      Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk menolong murid memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih serta merancang hidupnya dengan berkesan.
6.      Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling berorientasikan masa sekarang dan masa depan. Usaha-Usaha bimbingan dan kaunseling ialah untuk menjadikan murid itu lebih tegas diri, pandai menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakan-tindakannya sekurang-kurangnya dalam jangka masa panjang.
7.      Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menolong individu menyedari kelemahan diri dan memberi fokus kepada memperkukuhkan lagi kekuatan yang ada padanya melalui aktiviti-aktiviti perkembangan dan pencegahan.
8.      Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah tanggungjawab bersama. Dalam melaksanakan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling, semua pihak di sekolah iaitu pentadbir, guru bimbingan dan kaunseling, guru-guru lain, ibu bapa dan murid patut bekerjasama dan saling berunding antara satu dengan lain.
9.      Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, memerlukan pemahaman yang mendalam dan menyeluruh mengenai murid. Segala maklumat mengenai murid adalah perlu untuk membolehkan guru bimbingan dan kaunseling memahami murid secara menyeluruh supaya dapat memberi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang berkesan.
10.    Setiap individu berbeza dari segi gaya, ketangkasan dan dorongan untuk belajar. Secara amnya cara belajar seseorang itu berbeza mengikut :
10.1     Orientasi Deria
Melalui deria sentuhan, penghiduan, penglihatan, pendengaran dan rasa.
10.2     Gerak Balas (Response)
Ada individu lebih selesa belajar secara bersendirian, dalam kelompok atau melalui pemerhatian sahaja.
10.3     Corak Pemikiran
Cara individu mengumpul dan memproses maklumat untuk mencapai tujuan tertentu.
11.    Pembentukan individu dipengaruhi oleh keseluruhan pengalaman dalam alam persekitarannya. Misalnya seorang murid yang dibesarkan di luar bandar, akan dapat dikesan sebagai berasal dari luar bandar, demikian juga sebaliknya. Oleh itu, bimbingan dan kaunseling boleh merupakan intervensi untuk mengurangkan perbezaan, tetapi ini bergantung kepada nilai, jangka masa dan di peringkat mana khidmat itu dimulakan. Bimbingan dan kaunseling dijalankan supaya individu berkemampuan menyesuaikan diri.
12.    Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk pengetahuan dan kesepaduan psikofizikal murid. Ini bermakna murid tidak boleh dilihat sebagai hanya manusia kognitif. Ia harus dilihat sebagai individu yang mempunyai perasaan, sikap, mental dan rohani. Sebarang aktiviti dan program bimbingan adalah untuk mewujudkan kesepaduan ini.
13.    Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijalankan berdasarkan etika kaunseling. Mematuhi etika adalah untuk tujuan memelihara kebajikan murid.

Disediakan oleh







Kapal Dagang Dari Seberang, Muat Muatan Kayu Meranti, Jumpa lagi di post yang akan datang , Dengan penuh lagi aktiviti.